Thursday, November 12, 2009

iye...



saya janji saya akan rajin update blog.
saya janji saya akan tukar layout blog saya.
saya janji saya akan rajin baca update blog korang.
iye... saya janji.



itu sahaja buat masa sekarang,
saya tersangat busy,
pukul 3.27am tidak tidur lagi untuk menyiapkan thesis,
kerana jumaat bersamaan 13hb november 2009
adalah hari presentation terakhir saya di kolej legenda.
saya harap ia yang terakhir. aminn...

kepada semua bloggers,
sila doa saya lancar berbahasa inggeris.

Monday, November 2, 2009

hari yang teruk, yeke teruk?

hari ni rasa macam semua tak betul,
assignment ade 6 tak siap,
thesis lagi.

the worse is, kawan yang da lama jadi kawan tapi aku baru tau kami satu tadika dulu
da pergi buat selamanya. al-fatihah...
tak sempat nak cerita zaman tadika dengan dia bila bersua.

yang hidup mesti diteruskan.
aku lagi 2-3 minggu jerk lagi da nak habis study.
gembira ke keseksaan?
pape pun semuanya akan mengajar aku jadi matang.

*maaf kali ni entri macam budak tadika belajar mengarang untuk pelajar tahun 6.
*doakan aku, lusa aku exam!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, September 30, 2009

ko-song



my head just like empty box
i need ideas to fill in

that's my latest story,
'my head just like empty box'
hahahhahahhaha....

Friday, September 4, 2009

ke tag ke tag ke tag...


1) Anda rasa anda HOT?
yer. saya da lama da rasa benda ni. sejak kipas ni tak boleh tanggal dy punya bilah, habuk da makin banyak kat penutup kipas tu!!!

2) Upload FOTO kegemaran anda.



3)mengapa anda suka foto ini?
the last trip we spend together and i never have a chance to say that i love u sis. u left us with sorrow. uhh... Nurul efrina Najwa masih cute dan gemuk buncit masa ni.
NUR FARDIYA BINTI JOHAN
(1980 - 2007)



4)bila kali terakhir anda makan PIZZA?
puasa ke-3. uhh.. buncit buncit buncit cuncit perut aku



5) LAGU terakhir anda dengar?
untukmu selamanya - ungu


.
6)Apa yg anda buat selain menyelesaikan TAG ini?
facebook, cium tangan yang masih bau ikan siakap lauk buka tadi



7) Selain dari nama sendiri, anda suka dipanggil dengan NAMA apa?
camelia, siti nurhaliza, lily allen. and the latest katy perry



8) TAG lagi 6 orang
1) kinah
2) pinky
3) soya bean
4) hamim
5)nur syahida
6)fz

9) Siapa no 1 bagi anda?

Kawan. ye kawan. kami tak boleh bersama haram



10) Orang no 3 ada hubungan dengan siapa?
uhh.. 1 class da tau. dengan fz.


11) Kata sesuatu berkenaan dengan no 5..
dia budak yg agak kecik bagi saya. tapi dia hebat sebab lawan berpuluh2 mulut bang dia sedangkan dia hanya sendirian dengan 1 mulut. salute beb.!


12) No 4?
kawan gosip kat kg. ok kantol aku suka gosip. aku gosip budak handsome saja.


13) Siapa orang no 2?
dia kata acik dia metalica.


14) Bagi pesanan kepada orang no 6.
harap harap fz sudi buatkan Individual student project dila.
wewiitt...


tiada paksaan cuma memenuhi permintaan pais yang ketakutan cuba jawab tag dari terubuk masin

Tuesday, September 1, 2009

kau seharusnya mengerti

kita tak akan lupakan kenangan
jika kita ingat

kita akan melupakan kenangan
jika kita tak ingat

kenangan sentiasa bersama,
samada ia diingati atau dijauhi,
perlukah kita bersama kenangan,
sedangkan hari semalam juga kenangan,

tetapi,
jika ia kisah duka,
sang kekasih akan berang lantas meminta melupakan kisah lalu,
jika ia kisah suka,
sang kekasih akan gembira lantas meminta mengingatinya selalu.

atas dasar apakah kamu meminta saya melupakan kenangan?
sedangkan saya sentiasa hidup dalam kenangan,
tanpa kenangan saya tidak akan pernah belajar untuk membina kenangan.

itu kata kamu,
jika di ikutkan, kamu akan mengingati dirinya dan kamu akan rindu lantas masih sayang padanya!
adakah itu yang kamu mahu sedangkan kamu di dalam pelukkan ku dan kamu ingat pada kenangan???

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+



mungkin ya,
aku akan rindu padanya.
tetapi percayalah itu hanya KENANGAN bukan masa hadapan....






Sunday, August 23, 2009

asyik cerita pasal puasa jek...

tahun ni adalah tahun ke-empat aku pernah puasa kat kolej legenda, dan tahun terakhir juga aku puasa kat sini.
*ketawa jahat, paling jahat ok!

tahun lepas, memang kelam kelam dalam kotak memori aku,
aku dengan ainaa, sahur berdua jek.
macam biasalah, aku kadang kadang gian nak masak, aku akan rajin memasak.
seperti kebiasaan, kolej legenda punya surau, dia akan azan dua kali.
first = untuk kejut sahur
second = memang da masuk waktu solat ye kawan kawan

masa tu azan, kitaorang berlari berebut rebut ke singki buang semua benda dalam mulut. skali tengok jam, baru pukul 5 daa...

selang seminggu lepas tu, mamai lagi. tapi kali ni memang tak terus buang, makan jek. memang lauk masa tu tengah best gila, so kitaorang consider tu azan first. da abes makan, baru la reti nak tengok jam. memang sengal kan. tapi masa tu da pukul 6.10 am.
aku yakin, diaorang lambat azan subuh.
tunggu punya tunggu, sahh...
tadi tu azan subuh..!!!

aku memang agak pelik, pada orang yang bangun bangun tidur terus buka tudung saji then makan. memang aku agak weird dan annoyed mula mula. yelah, macam tak ada alasan lain untuk makan. masa tu aku tinggal sorang. memang syahdu gila buka sorang sorang. aku pon teringin nak makan keropok masa tu, aku goreng ah sikit. pas goreng aku terus ngaappp...!!
ishk.. sedap lain macam. tapi aku pelik. kenapa masa tu aku rasa forbidden jek makan keropok waktu petang. ciss.. keropok yang kedua, aku keluarkan balik, sebab da ingat da aku puasa.
*ada setan terlepas dan hasut aku ke?



nota noti: jangan memandai makan tanpa melihat jam. kalau nak makan juga, pastikan semua jam di rumah anda rosak.

Thursday, August 13, 2009

sebab

sebab musabab aku da jarang on9,
adalah di sebabkan ini.


aku dengar ada rumors,
sekarang kalau mau guna itu internet kena bayar
cilakak betul..
nama jerk city wifi,
tapi still kena connect guna kabel?
jadahnya? ni yang buat aku nak mencarut tanpa henti...

bayar mahal mahal, hantaran kahwin aku pown tak semahal tu,
pastu facilities macam haram?
what the fish??

ingat ye kolej legenda,
jangan sampai saya buat petisyen. ramai yang tak puas hati nih.
dengar dengar ada yang nak merusuh robohkan post guard yang rupa jamban sempit tu lagi.
sekarang ni, nak guna internet memang limited gila.
malam langsung tak boleh on9.
gila apa??

siapa yang buatkan individual student project aku?
mana kitaorang nak dapat internet kalau bukan terpaksa dapatkan ikhsan guna LAN jerk..
agak la weyh, da cekik duit kitaorang banyak banyak pown tamak lagi ke?
nak pakai streamyx aku da nak habis sem weyh...

aduhaiii...
siapa yang benggap buat macam ni.
kalau aku tak boleh on9 lagi 2 3 hari siap ahh..
aku nak merusuh. aku nak bela lipas ke cengkerik ke anai anai ke,
biar rosakkan barang barang kat kolej.

tunggu jerk la, tak dapat cara kasar,
aku pakai cara halus sikit.
tapi bukan pakai bomoh. halus yang macam mana tu yang aku tak tahu.
syirik pakai bomoh.
ingat tu.!





nota noti: batuk da rupa orang ada masalah jantung apa crita? bila batuk nak baik nih, member member da bakar line dengan cempedak goreng...aallaaahhhh...

Saturday, August 8, 2009

3 hari dah

aku demam,

da 3hari, demam paling teruk pada umur 21 tahun 7 bulan 8 hari.

tu jerk aku nak cakap,
takut ada yang ingat aku da kena jual kat siam.

Tuesday, August 4, 2009

please

i just need a shoulder to cry on

can someone rent it to me?

please,
i said please.
and don't hurt me with our memories.

+_+

cause when i'm with him
i am thinking of u
thinking of u
what you would do if
you were the one
who was spending the night
oh i wish that i
was looking into your eyes




* yes i'm totally crack. Mr. heart breaker, i wish u the most happiness in the world will give it to u

* i miss u, i love u, but it's yesterday

Saturday, August 1, 2009

sambal kicap

siapa jawa angkat kening !!!

ok, aku jawa? bukan kowt sebab aku tak pandai cakap jawa. so aku melayu la rasanya. siapa yang tinggal/kampung/kerja kat johor mestilah tahu yang kalau makan sup, pisang goreng, mi hun sup, dan lain pakai sambal kicap kan? uuhhh.. favorite aku...
masa tu, hari kedua kenduri arwah akak aku, hari first makan pari asam pedas, wahh leleh even tak berapa selera makan, yelah baru jab tadi tengok akak aku di usung pergi meninggalkan kami untuk selama lamanya. * insaf sedih (jab nak nagis.....)

* selang beberapa saat

berbalik kepada cerita kenduri, hari kedua makan sup daging dengan roti. part ni yang rase nak teguk kuah kat periuk jerk. lepas semua orang balik aku dengan member aku, fin namanya melantak ah sup daging. sambal kicap masa tu memang power gila. letak satu sudu KFC da terangkat. makin syok ah makan yang tak sedar diri tak takut kena cirit birit.

esoknya, pagi pagi aku mesti buat ini:

  1. berak
  2. makan
  3. 100 plus / coke dalam bas
  4. plastik muntah

even aku da tak muntah, aku bawak juga minyak kapak dan plastik. benda wajib ok.

'fin, kaw tak nak berak ke? perut kaw ok? aku da selesai da tadi' aku

' aku sakit perut, tapi tak rasa nak berak pon' fin

'tak pelah, nanti sampai larkin, kaw berak ah' aku

berbual dengan makrib ni, memang tak reti nak berhenti cakap, ada jerk cerita. duduk kat sit depan pown bising cam bas abah dia. pelik aku. Nak di jadikan cerita, naik jerk bas, da rasa lapa, kitaorang memang lupa nak makan lagi sebelum naik bas. orang sit sebelah boleh pulak makan nasi ayam. daamnn..!!!!

tapi tak pe, 3 jam perjalanan memang tak lama kalau ada fin. masa tu berhanti rehat kat kampung bemban. oohh.. syok makan pau sardin. da la besa, gebu lak tu. aku dengan fin makan satu jerk, yela mahal pau dia, nanti tak cukup duit pula.

sekarang lagi setangah jam sampai seremban, fin da mula sakit perut. ape lagi mengelabah ah kan. mana plak nak carik port. kalau nak muntah ada plastik, ni nak berak, apa crita kau ni fin? aku walaupun panik, aku cuba stabilkan dia dengan humor yang tak berapa nak menjadi. da sampai tol seremban, aku suruh dia tahan. dia kata tak boleh dah. aku cakap lagi 5 MINIT jerk nak sampai tunggu jab.

aku tengok dia cuba tahan, aku pown diam jerk la, jab lagi...
pehal bau taik da neyh. aku suspek dia kentut.






'kaw kentut ker? busuk la bonggok' aku

'tak lah aku tak kentut, aku dah terberak' fin

Thursday, July 30, 2009

sekarang


kemungkinan ramai wanita, remaja perempuan dan budak perempuan,
mengalami masalah rambut sama seperti aku.
memang tidak dapat di sangkal lagi, tiada manusia yang di lahirkan tanpa kelemumur
kalau tidak membasuhnya. dan tidak akan wangi jika tidak men-syampoonya.

Ok.
di sini, sebagai manusia yang di lahirkan memang kerinting semula jadi,
aku memang ada masalah rambut yang amat teruk. kecik kecik dulu memang AFRO. tak tipu! Yang aku pelik sangat sangat macam mana rambut ni boleh kembang jadi afro. tapi sekarang tak menjadi masalah, rambut aku seperti ikut kata,

dia da pandai panjang ke bawah bukan panjang ke atas


tapi itu bukan isu nya sekarang, isu yang aku akan ke tengahkan ialah,
adakah kamu semua, memilih syampoo yang betul?
adakah kamu mengunakan syampoo mengikut peraturan?
yaaa... untuk syampoo rambut ada peraturannya.

secara rawak kita akan men-syampoo rambut setiap kali kita mandi,
adakah kita sedar dia akan merosokkan rambut dan menyebabkan ianya bercabang?
tentulah tidak sedar, kalau sedar kenapa buat? he hee..

di sini, aku ingin kongsi sebagai orang yang mengalami masalah rambut.

aku memang dari kecik paling TAK SUKA sikat rambut. sebab, mak aku sikat rambut da macam nak tebas pokok. tapi itu juga bukan isunya, sebagai orang yang di lahirkan berambut kerinting memang agak sukar untuk meniyisir rambut seperti rambut lurus. mereka memerlukan SIKAT yang bersesuain. tapi sikat bukan isunya, tapi syampoonya. sebelum ni, memang aku pakai syampoo sembarang asalkan wangi.
tapi sekarang (umur dah 22 tahun baru sedar), baru aku jumpa syampoo yang sesuai dengan jiwa dan rambut aku.

SUNSILK - SMOOTH & MANAGEABLE (pink)

aku bukan saja memakai syampoo dan perapi, malah juga mengunakan CONTROL LEAVE ON sebagai pelengkap gaya. serius aku katakan, bukan sahaja wangi, tapi ia juga tahan lama kewangian syampoo control leave on itu. walaupun sunsilk control leave on tidak mengekalkan bentuk rambut keringting sedia ada untuk bertahan lebih lama, tapi aku cukup puas hati mengunakannya. setakat ini, aku tidak banyak complaint mengenai syampoo ini. yang pasti aku cukup puast hati.



1. syampoo with creamy youghurt energizers – digunakan supaya tidak mengerbang. Boleh tahan tak mengerbang. Aku caya !

2. Nourishing conditioner – senang nak memudahkan aku guna jari, tak tersekat sekat. Aku caya !

3. Control leave on – kawal kelembapan, tak cepat kering, rambut wangi lama sikit. Aku caya !


Mesti ramai yang fikir aku da ketinggalan, sebab baru cuba syampoo ni sekarang, aku ni jenis tak mudah percaya, dan sering bertukar tukar syampoo. Tapi kali ni aku yakin aku akan bertahan lama dengan syampoo sunsilk ini. Yang mana pilihan kamu?

(=^;^=) bagi lelaki aku kurang pasti sama ada sesuai ke tidak. kerana bagi mereka yang aktif bersukan dan sering memakai wax, kadang kadang rambut menjadi kesat dan menimbulkan kurang selesa pada si pemakai. maka buatlah pilihan dengan bijak ok dan tidak salah jika mencuba ~ ~ ~

(=^;^=) lagi satu, perempuan adakalanya, suka main rambut lelaki yang originally nampak smooth. so, sesiapa yang awek mereka suka belai rambut, sila ambil perhatian ok