Showing posts with label pening. Show all posts
Showing posts with label pening. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

job requirement

Dikehendaki Penyelia Tapak Civil bagi kerja-kerja pembinaan & maintenance, ada sijil kejuruteraan awam atau bangunan, lesen memandu B2 & D, self motivated, umur bawah 30 tahun, lelaki bumiputra utk kontraktor kelas F. Graduan baru tamat digalakkan memohon.


- ada kelulusan dalam bidang berkaitan ( ya )

- umur bawah 30 tahun ( ya )

- lelaki ( tidak )

- graduan baru tamat ( ya )

- pengankutan ( tidak )

- lesen ( tidak )

- pengalaman ( tidak )


semua job aku nak semua nak requirement macam ni. mana aku ada. kalau takde kerja, macam mana nak amek lesen?. kalau takde kerja, macam mana nak ada pengalaman? dan sampai bila - bila pun aku tak boleh jadi LELAKI!!!!!!!


and, stop bugging me with

- bila kau nak kerja?
- sekarang kerja mana?
- sekarang buat apa?
- kat tempat tu ada nak pakai orang, kenapa tak pergi mintak?


weyhh... sila lah jangan tanya lagi. aku tension. bila aku tension, aku makan. so bila aku gemuk, aku akan salahkan orang yang buat aku tension. dah......


Thursday, April 22, 2010

lepaskan - plague of happiness




aku rasa MUET tu lagi brutal dari paper english yang aku pernah buat kat kolej dan  aku memang dah lama gila tak layan ska, aku ingat malam ni, aku nak buat parti ganja. 








ok tipu.



sila lah doakan aku sepenuh jiwa raga korang biar aku dapat band 4 atau 5. band 6 tu cemerlang sangat. aku tak terer. 

Wednesday, September 30, 2009

ko-song



my head just like empty box
i need ideas to fill in

that's my latest story,
'my head just like empty box'
hahahhahahhaha....

Tuesday, July 21, 2009

ordinary

banyak kali aku start tulis entri,
aku padam walaupun da menaip 5 perenggan atau kurang.

berdasarkan entri sebelum sebelum ini, aku tekankan pada pengalaman hidup aku.
untuk menulis pada tiap tiap hari tanpa sebarang perkara luar biasa berlaku adalah sesuatu yang membosankan bagi para pembaca.

tiap tiap hari aku dok fikir,
apa isu yang perlu aku kupas untuk memuaskan nafsu si pembaca?

humor? romantis? muzik? technology? photography?

semua itu ada di dalam selera pemikiran pembaca yang aku sendiri tidak dapat duga oleh
mata kerdil ini. sebagai seorang pembaca, apakah yang anda harapkan dari seorang penulis? aku sebagai penulis blog di ruangan aku sendiri mengharapkan pembaca membaca hasil tulisan aku yang dulunya Bahasa Melayu tidak pernah dapat A. Dan sebagai seorang pembaca, aku mengharapkan penulis blog lain menulis penuh dengan infomasi dan juga lawak jenaka bagi mengenyangkan minda aku. bagi minda separa pandai seperti aku, lawak jenaka adalah ubat yang terbaik merehatkan minda. ada yang berkata, bukankah hiburan berbentuk visual lebih merehatkan minda?

yaa.. aku setuju juga, tapi pernahkah kamu sebagai pengemar membaca akan menonton televisyen sebagai pengubat luka lara kamu? tentunya tidak bukan?

kesimpulannya, aku keliru untuk menulis kehidupan seharian yang normal atau menulis pengalaman lampau atau menulis isu isu terkini atau menulis jika tiada idea? hhaaahhh..???
GILA..!