Showing posts with label basa-basi. Show all posts
Showing posts with label basa-basi. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

lepaskan - plague of happiness




aku rasa MUET tu lagi brutal dari paper english yang aku pernah buat kat kolej dan  aku memang dah lama gila tak layan ska, aku ingat malam ni, aku nak buat parti ganja. 








ok tipu.



sila lah doakan aku sepenuh jiwa raga korang biar aku dapat band 4 atau 5. band 6 tu cemerlang sangat. aku tak terer. 

Tuesday, March 23, 2010

karut marut lama lama mencarut

pantang larang yang aku pikir 2 3 kali sebelum buat dan selalunya aku buat jugak:

1. menyanyi di dapur - nanti dapat suami tua
selalunya aku nyanyi jek, kalau kaya macam dato' k bagus juga.

2. potong kuku malam - nanti pendek umur.
walaupun tak logik, tapi siapa tau?

3. tiup lilin - nanti muka tak cantik
hehe. aku percaya sikit sikit. sebab taknak hodoh punya pasal

4. makan buah kembar, pisang ke durian ke - nanti dapat anak kembar
aku suka makan. padahal belum kahwin. jadahnya.

5. duduk di tangga rumah - nanti lambat kahwin
aku suka duduk kat tangga. suka sangat. bila teringat jek benda ni, cepat cepat buat menyapu. heh?

6. jahit baju di badan - umpama menjahit mayat.
erm. sebab benda ni berkait dengan hantu, aku tak berani buat.

7. duduk atas bantal - nanti bisul
haa.. masa kecik kecik suka lah. dah besar ni, aku anti siapa duduk atas bantal. nak nak bantal aku buat tidur. mana lah tau dorang ada terkentut ke hape. ishkk..

8. tunjuk pelangi - nanti jari kudung
ahh.. kecik kecik dulu suka sangat tunjuk tapi bila dengar dengar pantang larang ni, terus tunjuk pakai penumbuk. so takde la jari kudung. hehe

9. mengendap orang mandi - nanti ketumbit
muahahha. aku paling takut kena benda ni masa kecik, sebab tak pasal pasal orang fitnah. " hah, ni mesti ngendap orang mandi kan?"

10. angkat kaki masa menyiarap - nanti emak cepat mati
erm. kadang kadang kaki ni naik jek automatik. aku tak suruh pon. bukan salah aku. mak aku steady jek. tapi sebab nak jaga hati mak. aku control gak kaki aku.

semua ni ada betulnya. maksud aku bukan akibat yang merepek tu tapi akibat dari pandangan logik.

contoh: jangan potong kuku malam - orang dulu dulu rumah pakai pelita, kalau potong masa malam, terpotong jari padanlah muka. sebab arwah nenek aku pakai gunting potong kuku. kalau nenek aku potong masa malam macam mana? kan dah terkerat jari pula. paling paling calar aku rasa. logik kan akibat yang tak merepek nih?

apalah perasaan orang yang buat pantang larang ni sampai buat akibat yang dasyat sekali. agak agak ah, sampai ada yang percaya 100%. bukan aku. . . . . . . . . . . . . . . . hehe

aku ade juga jumpa, ada orang siap tanya, bini dia mengandung so tak boleh pergi mancing ke? apedah. tu just pantang larang jek. belum tentu betul. abah aku pergi mancing relax jek. jangankan sumbing, jongang pon takde. cuma gigi rongak jek ramai. muahahhaa..
fikir fikirkan lah.

Sunday, March 21, 2010

lesen L?????

kejab lagi pergi rumah latat lah.
lepas mesej mesej dia. tukar baju semua settle, berkat rumah orang kahwin da jamah sikit.

mula mula:
1. pakai sweater
2. ambik ic, hanphone, serta rm10 (duit topup)
3. pakai helmet
4. kunci pintu rumah.
5. barang letak dalam raga motor.
6. buka gate rumah yang suku roboh dek dilanggar abang aku yang kononnya pandai bawa kereta.
7. duduk atas moto, tongkat semua da naik, reverse motor, da get ready nak start.
8. cuba hidupkan enjin. cuba lagi dan lagi.
9. tengok minyak, shit. banyak lagi. plug ke yang problem?
10. buka pintu rumah, ambil kunci motor.
11. tutup pintu maki maki.

masa nak topup, pak cik polis saje bagi aku berdebar follow aku dalam 6 saat, lepas tu potong aku dan tengok muka aku nak tau cuak ke x, aku takut lah sengal!. ujian jpj bulan depan, sabar lah kalau ye pon nak tahan aku!!!!!

Saturday, July 11, 2009

pu.e.c

penantian itu memeritkan,

ia menjadi pilu piluan,

sebak memikirkan,

bila sang kumbang kan bertemu si bunga?



penantian itu akan berakhir,

jika yakin ia akan hadir,

perasaan rindu akan lahir,

sang kumbang akan bersatu dengan si bunga....


ok. cukup. esok nak pergi genting dengan en.bf dan kawan kawan taulan.
i'm away for 3 days and 2 nights. dont miss me ok.

Monday, June 15, 2009

akan tiba

hari ni,

aku umumkan,
aku da completely da kebah dari demam yang melanda diri aku,
baru seronok nak study gila-gila malam ni.

esok da start exam,

next week my vacation will start,
dengar-dengar cuti sebulan,
kalau tak cukup sebulan,
aku akan cukupkan jugak,
padan muka kaw mentor, carilah aku kat johor sana....

wish me luck for exam tomorrow,
kalau ada yang nak wat solat hajat,
aku galakkan,
nanti aku belanja gula-gula dosen ok!