RSS

iye...



saya janji saya akan rajin update blog.
saya janji saya akan tukar layout blog saya.
saya janji saya akan rajin baca update blog korang.
iye... saya janji.



itu sahaja buat masa sekarang,
saya tersangat busy,
pukul 3.27am tidak tidur lagi untuk menyiapkan thesis,
kerana jumaat bersamaan 13hb november 2009
adalah hari presentation terakhir saya di kolej legenda.
saya harap ia yang terakhir. aminn...

kepada semua bloggers,
sila doa saya lancar berbahasa inggeris.

hari yang teruk, yeke teruk?

hari ni rasa macam semua tak betul,
assignment ade 6 tak siap,
thesis lagi.

the worse is, kawan yang da lama jadi kawan tapi aku baru tau kami satu tadika dulu
da pergi buat selamanya. al-fatihah...
tak sempat nak cerita zaman tadika dengan dia bila bersua.

yang hidup mesti diteruskan.
aku lagi 2-3 minggu jerk lagi da nak habis study.
gembira ke keseksaan?
pape pun semuanya akan mengajar aku jadi matang.

*maaf kali ni entri macam budak tadika belajar mengarang untuk pelajar tahun 6.
*doakan aku, lusa aku exam!!!!!!!!!!!!!

ko-song



my head just like empty box
i need ideas to fill in

that's my latest story,
'my head just like empty box'
hahahhahahhaha....

ke tag ke tag ke tag...


1) Anda rasa anda HOT?
yer. saya da lama da rasa benda ni. sejak kipas ni tak boleh tanggal dy punya bilah, habuk da makin banyak kat penutup kipas tu!!!

2) Upload FOTO kegemaran anda.



3)mengapa anda suka foto ini?
the last trip we spend together and i never have a chance to say that i love u sis. u left us with sorrow. uhh... Nurul efrina Najwa masih cute dan gemuk buncit masa ni.
NUR FARDIYA BINTI JOHAN
(1980 - 2007)



4)bila kali terakhir anda makan PIZZA?
puasa ke-3. uhh.. buncit buncit buncit cuncit perut aku



5) LAGU terakhir anda dengar?
untukmu selamanya - ungu


.
6)Apa yg anda buat selain menyelesaikan TAG ini?
facebook, cium tangan yang masih bau ikan siakap lauk buka tadi



7) Selain dari nama sendiri, anda suka dipanggil dengan NAMA apa?
camelia, siti nurhaliza, lily allen. and the latest katy perry



8) TAG lagi 6 orang
1) kinah
2) pinky
3) soya bean
4) hamim
5)nur syahida
6)fz

9) Siapa no 1 bagi anda?

Kawan. ye kawan. kami tak boleh bersama haram



10) Orang no 3 ada hubungan dengan siapa?
uhh.. 1 class da tau. dengan fz.


11) Kata sesuatu berkenaan dengan no 5..
dia budak yg agak kecik bagi saya. tapi dia hebat sebab lawan berpuluh2 mulut bang dia sedangkan dia hanya sendirian dengan 1 mulut. salute beb.!


12) No 4?
kawan gosip kat kg. ok kantol aku suka gosip. aku gosip budak handsome saja.


13) Siapa orang no 2?
dia kata acik dia metalica.


14) Bagi pesanan kepada orang no 6.
harap harap fz sudi buatkan Individual student project dila.
wewiitt...


tiada paksaan cuma memenuhi permintaan pais yang ketakutan cuba jawab tag dari terubuk masin

kau seharusnya mengerti

kita tak akan lupakan kenangan
jika kita ingat

kita akan melupakan kenangan
jika kita tak ingat

kenangan sentiasa bersama,
samada ia diingati atau dijauhi,
perlukah kita bersama kenangan,
sedangkan hari semalam juga kenangan,

tetapi,
jika ia kisah duka,
sang kekasih akan berang lantas meminta melupakan kisah lalu,
jika ia kisah suka,
sang kekasih akan gembira lantas meminta mengingatinya selalu.

atas dasar apakah kamu meminta saya melupakan kenangan?
sedangkan saya sentiasa hidup dalam kenangan,
tanpa kenangan saya tidak akan pernah belajar untuk membina kenangan.

itu kata kamu,
jika di ikutkan, kamu akan mengingati dirinya dan kamu akan rindu lantas masih sayang padanya!
adakah itu yang kamu mahu sedangkan kamu di dalam pelukkan ku dan kamu ingat pada kenangan???

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+



mungkin ya,
aku akan rindu padanya.
tetapi percayalah itu hanya KENANGAN bukan masa hadapan....






asyik cerita pasal puasa jek...

tahun ni adalah tahun ke-empat aku pernah puasa kat kolej legenda, dan tahun terakhir juga aku puasa kat sini.
*ketawa jahat, paling jahat ok!

tahun lepas, memang kelam kelam dalam kotak memori aku,
aku dengan ainaa, sahur berdua jek.
macam biasalah, aku kadang kadang gian nak masak, aku akan rajin memasak.
seperti kebiasaan, kolej legenda punya surau, dia akan azan dua kali.
first = untuk kejut sahur
second = memang da masuk waktu solat ye kawan kawan

masa tu azan, kitaorang berlari berebut rebut ke singki buang semua benda dalam mulut. skali tengok jam, baru pukul 5 daa...

selang seminggu lepas tu, mamai lagi. tapi kali ni memang tak terus buang, makan jek. memang lauk masa tu tengah best gila, so kitaorang consider tu azan first. da abes makan, baru la reti nak tengok jam. memang sengal kan. tapi masa tu da pukul 6.10 am.
aku yakin, diaorang lambat azan subuh.
tunggu punya tunggu, sahh...
tadi tu azan subuh..!!!

aku memang agak pelik, pada orang yang bangun bangun tidur terus buka tudung saji then makan. memang aku agak weird dan annoyed mula mula. yelah, macam tak ada alasan lain untuk makan. masa tu aku tinggal sorang. memang syahdu gila buka sorang sorang. aku pon teringin nak makan keropok masa tu, aku goreng ah sikit. pas goreng aku terus ngaappp...!!
ishk.. sedap lain macam. tapi aku pelik. kenapa masa tu aku rasa forbidden jek makan keropok waktu petang. ciss.. keropok yang kedua, aku keluarkan balik, sebab da ingat da aku puasa.
*ada setan terlepas dan hasut aku ke?



nota noti: jangan memandai makan tanpa melihat jam. kalau nak makan juga, pastikan semua jam di rumah anda rosak.

sebab

sebab musabab aku da jarang on9,
adalah di sebabkan ini.


aku dengar ada rumors,
sekarang kalau mau guna itu internet kena bayar
cilakak betul..
nama jerk city wifi,
tapi still kena connect guna kabel?
jadahnya? ni yang buat aku nak mencarut tanpa henti...

bayar mahal mahal, hantaran kahwin aku pown tak semahal tu,
pastu facilities macam haram?
what the fish??

ingat ye kolej legenda,
jangan sampai saya buat petisyen. ramai yang tak puas hati nih.
dengar dengar ada yang nak merusuh robohkan post guard yang rupa jamban sempit tu lagi.
sekarang ni, nak guna internet memang limited gila.
malam langsung tak boleh on9.
gila apa??

siapa yang buatkan individual student project aku?
mana kitaorang nak dapat internet kalau bukan terpaksa dapatkan ikhsan guna LAN jerk..
agak la weyh, da cekik duit kitaorang banyak banyak pown tamak lagi ke?
nak pakai streamyx aku da nak habis sem weyh...

aduhaiii...
siapa yang benggap buat macam ni.
kalau aku tak boleh on9 lagi 2 3 hari siap ahh..
aku nak merusuh. aku nak bela lipas ke cengkerik ke anai anai ke,
biar rosakkan barang barang kat kolej.

tunggu jerk la, tak dapat cara kasar,
aku pakai cara halus sikit.
tapi bukan pakai bomoh. halus yang macam mana tu yang aku tak tahu.
syirik pakai bomoh.
ingat tu.!





nota noti: batuk da rupa orang ada masalah jantung apa crita? bila batuk nak baik nih, member member da bakar line dengan cempedak goreng...aallaaahhhh...