Saturday, May 15, 2010

abah.

Aku lupa sangat hari ni, mak aku pergi perak. Jadi tinggal aku, abah dengan mail.
aku tidur lewat, pukul 7 lebih baru tidur. haiishh.. Bangun? ye pukul 1 lebih. Itu pun aku nak sambung mimpi aku,  tapi aku gagahkan diri aku bangun masak untuk abah. Pergi dapur, tak ada lauk langsung, tapi abah dah beli bahan-bahan masak mi. Sedih kejab. Happy fathers day abah. Tapi bukan tu aku nak bagi tahu ialah, aku masak mi. Hahahahhahhahahha.


*sila jangan buat muka bosan, mungkin resepi ni akan berguna.

Mi goreng abah.

bahan-bahan:
1. mi besar / mi kasar
2. udang 5 ekor
3. ayam dua tual / dua ketul isi sahaja.
4. lobak merah setengah jek.
5. brokoli ikut suka.
6. cili boh, 8 sudu ikut selera.
7. kicap manis ABC, 2 sudu
8. kicap masin, 2 sudu
9. bawang besar 2 ulas, bawang putih 3 ulas dan halia sebesar ibu jari.

cara-cara:
1. bahan-bahan no9 silalah blend untuk ditumis.
2. udang dan ayam hendaklah dibersihkan dan dipotong ikut suka, kalau boleh kecik sedikit pun tak apa, kemudian perapkan dengan kicap manis dan manis.
3. potong lobak merah memanjang bukan bulatbulat ok. begitu juga dengan brokoli.
4. basuh mi terlebih dahulu dengan air paip di takat suhu bilik. Dan biarkan airnya ditus.
5. masukkan minyak ke dalam kuali, dalam 5 sudu makan, kemudian masukkan bahanbahan yang di blend. apabila naik bau, masukkan 1/2 sudu garam dan kacau. kemudian masukkan cili boh. kemudian apabila sudah kering dan cili boh bertukar warna, masukkan ayam serta udang.
6. bila udang sudah bertukar warna kepada merah, masukkan lobak serta brokoli. jika terlalu pedas, masukkan sos tomato. sebelum itu, sos tomato hendaklah dituang ke dalam mangkuk dan ditambah sedikit air serta garam 1 sudu.
7.sebelum memasukkan mi, hendaklah merasa terlebih dahulu. kemudian barulah memasukkan mi dan biarkan ia kering sedikit.

sedap dimakan ketika panas dan sejuk.

ketika didalam kuali

ketika didalam mangkuk.



*tiba-tiba aku rasa, aku macam dah bersedia jadi isteri mithali.

8 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Lapar la dila.

dila john said...

comel.

Blithe Spirit said...

*tutop mata*
xleh tgk nanti lapar tgh3 malam ni mana nak cekau mknan.hikhik

nanchan said...

meh dtg kdai aku..
aku aja masak...
yok..

I_Hate_Lolipop said...

perlu ke letak ketika di dalam mangkok? hahahaha

nampaknya jari2 kau akan merah (inai) x lama lagi.

abc said...

mcm nk tr la resipi ni...hihihi..tp ketika dlm kuali npk lg menyelerakan.. :)

SUXX said...

peh banyak membantu ni.

FARYN said...

apa kata ko kawen je..takyah keje..
amacam?