Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

Nurul Efrina Najwa Binti Sharom Shah





selama ni, aku tahan sabar aku sebab :

1. arwah mama kau tu kakak aku.
2. sebab kau comel.
3. sebab kau comel.
4. sebab kau comel.
5. sebab kau comel.
6. samapi 9 memang kau comel.
10. sebab mak aku tak bagi cubet kau. huh!

tapi, kau boleh buat aku hilang sabar, bila kau main pantyliner lepastu kau tampal kat belakang atok kau buat apa!!!!!!!!!!!!!

mati-mati aku ingat cool fever kau buat main. lepas tu, aksi ngeri terjadi. macam biasa, dia takut dengar bila aku sebut perkataan cubet.

Sunday, April 25, 2010

job requirement

Dikehendaki Penyelia Tapak Civil bagi kerja-kerja pembinaan & maintenance, ada sijil kejuruteraan awam atau bangunan, lesen memandu B2 & D, self motivated, umur bawah 30 tahun, lelaki bumiputra utk kontraktor kelas F. Graduan baru tamat digalakkan memohon.


- ada kelulusan dalam bidang berkaitan ( ya )

- umur bawah 30 tahun ( ya )

- lelaki ( tidak )

- graduan baru tamat ( ya )

- pengankutan ( tidak )

- lesen ( tidak )

- pengalaman ( tidak )


semua job aku nak semua nak requirement macam ni. mana aku ada. kalau takde kerja, macam mana nak amek lesen?. kalau takde kerja, macam mana nak ada pengalaman? dan sampai bila - bila pun aku tak boleh jadi LELAKI!!!!!!!


and, stop bugging me with

- bila kau nak kerja?
- sekarang kerja mana?
- sekarang buat apa?
- kat tempat tu ada nak pakai orang, kenapa tak pergi mintak?


weyhh... sila lah jangan tanya lagi. aku tension. bila aku tension, aku makan. so bila aku gemuk, aku akan salahkan orang yang buat aku tension. dah......


Sunday, May 31, 2009

dilema warna kulit

suatu hari,

ham dan emaknya bercadang hendak pergi ke pekan banting,
untuk membeli-belah di Econsave katanya,

maka,
jalanlah dua beranak itu ke depan simpang 
menunggu bas di perhentian bas yang di sediakan.

setelah menhayunkan tangan tanda menyuruh
bas itu berhenti,
maka mereka bersedialah untuk menaiki bas,
di situ,
terdapat seorang lelaki india yang juga ingin menaikki bas
untuk pergi ke pekan banting,

mula-mula,
emak ham,
kemudian lelaki itu,
selepas itu barulah ham menaikki bas,

pemandu bas a.k.a konduktor bas bertanya

'kak nak pergi mana?'

'banting ya dik, dua orang'
'akak dengan anak akak'  sambung emak ham

'errr... '
'anak akak yang mana satu?'


info: cerita di atas adalah benar,
emak ham adalah emak aku,
ham adalah abang aku..
kecian abang aku,
india dengan dia pown,
driver bas tu tak leh nak beza,
aduhaaiii...