Showing posts with label barang baik. Show all posts
Showing posts with label barang baik. Show all posts

Thursday, March 11, 2010

tak jadi

baru baru ni aku ada buat kuih. kuih orang putih putih agaknya, sebab nama betul dia "cream puff"
tapi seriously aku punya cream puff tak sama macam orang lain buat. bentuk yang sebenarnya macam ni:


tapi yang aku buat jadi macam ni:


ok. aku tau bentuk dia memang teruk gila!!!!!
tapi rasa cream dia tu yang tak tahan. memang sedap sangat (saje market kuih sendiri)
kalau kau orang nak resipi jangan mintak aku, kau orang boleh google jek.
kesimpulannya:


RESIPI AKU SALAH!!!!
dan nama dia no longer cream puff tapi krim bulat

Thursday, July 30, 2009

sekarang


kemungkinan ramai wanita, remaja perempuan dan budak perempuan,
mengalami masalah rambut sama seperti aku.
memang tidak dapat di sangkal lagi, tiada manusia yang di lahirkan tanpa kelemumur
kalau tidak membasuhnya. dan tidak akan wangi jika tidak men-syampoonya.

Ok.
di sini, sebagai manusia yang di lahirkan memang kerinting semula jadi,
aku memang ada masalah rambut yang amat teruk. kecik kecik dulu memang AFRO. tak tipu! Yang aku pelik sangat sangat macam mana rambut ni boleh kembang jadi afro. tapi sekarang tak menjadi masalah, rambut aku seperti ikut kata,

dia da pandai panjang ke bawah bukan panjang ke atas


tapi itu bukan isu nya sekarang, isu yang aku akan ke tengahkan ialah,
adakah kamu semua, memilih syampoo yang betul?
adakah kamu mengunakan syampoo mengikut peraturan?
yaaa... untuk syampoo rambut ada peraturannya.

secara rawak kita akan men-syampoo rambut setiap kali kita mandi,
adakah kita sedar dia akan merosokkan rambut dan menyebabkan ianya bercabang?
tentulah tidak sedar, kalau sedar kenapa buat? he hee..

di sini, aku ingin kongsi sebagai orang yang mengalami masalah rambut.

aku memang dari kecik paling TAK SUKA sikat rambut. sebab, mak aku sikat rambut da macam nak tebas pokok. tapi itu juga bukan isunya, sebagai orang yang di lahirkan berambut kerinting memang agak sukar untuk meniyisir rambut seperti rambut lurus. mereka memerlukan SIKAT yang bersesuain. tapi sikat bukan isunya, tapi syampoonya. sebelum ni, memang aku pakai syampoo sembarang asalkan wangi.
tapi sekarang (umur dah 22 tahun baru sedar), baru aku jumpa syampoo yang sesuai dengan jiwa dan rambut aku.

SUNSILK - SMOOTH & MANAGEABLE (pink)

aku bukan saja memakai syampoo dan perapi, malah juga mengunakan CONTROL LEAVE ON sebagai pelengkap gaya. serius aku katakan, bukan sahaja wangi, tapi ia juga tahan lama kewangian syampoo control leave on itu. walaupun sunsilk control leave on tidak mengekalkan bentuk rambut keringting sedia ada untuk bertahan lebih lama, tapi aku cukup puas hati mengunakannya. setakat ini, aku tidak banyak complaint mengenai syampoo ini. yang pasti aku cukup puast hati.



1. syampoo with creamy youghurt energizers – digunakan supaya tidak mengerbang. Boleh tahan tak mengerbang. Aku caya !

2. Nourishing conditioner – senang nak memudahkan aku guna jari, tak tersekat sekat. Aku caya !

3. Control leave on – kawal kelembapan, tak cepat kering, rambut wangi lama sikit. Aku caya !


Mesti ramai yang fikir aku da ketinggalan, sebab baru cuba syampoo ni sekarang, aku ni jenis tak mudah percaya, dan sering bertukar tukar syampoo. Tapi kali ni aku yakin aku akan bertahan lama dengan syampoo sunsilk ini. Yang mana pilihan kamu?

(=^;^=) bagi lelaki aku kurang pasti sama ada sesuai ke tidak. kerana bagi mereka yang aktif bersukan dan sering memakai wax, kadang kadang rambut menjadi kesat dan menimbulkan kurang selesa pada si pemakai. maka buatlah pilihan dengan bijak ok dan tidak salah jika mencuba ~ ~ ~

(=^;^=) lagi satu, perempuan adakalanya, suka main rambut lelaki yang originally nampak smooth. so, sesiapa yang awek mereka suka belai rambut, sila ambil perhatian ok