Sunday, March 21, 2010

lesen L?????

kejab lagi pergi rumah latat lah.
lepas mesej mesej dia. tukar baju semua settle, berkat rumah orang kahwin da jamah sikit.

mula mula:
1. pakai sweater
2. ambik ic, hanphone, serta rm10 (duit topup)
3. pakai helmet
4. kunci pintu rumah.
5. barang letak dalam raga motor.
6. buka gate rumah yang suku roboh dek dilanggar abang aku yang kononnya pandai bawa kereta.
7. duduk atas moto, tongkat semua da naik, reverse motor, da get ready nak start.
8. cuba hidupkan enjin. cuba lagi dan lagi.
9. tengok minyak, shit. banyak lagi. plug ke yang problem?
10. buka pintu rumah, ambil kunci motor.
11. tutup pintu maki maki.

masa nak topup, pak cik polis saje bagi aku berdebar follow aku dalam 6 saat, lepas tu potong aku dan tengok muka aku nak tau cuak ke x, aku takut lah sengal!. ujian jpj bulan depan, sabar lah kalau ye pon nak tahan aku!!!!!

Tuesday, March 16, 2010

biasa la lelaki...

Mr. k, Mr. N, Miss A dan aku keluar pergi makan, masa tu agak syok lah, sebab dah lama tak hang out berempat. walaupun mulanya agak ragu ragu, tapi Mr. K mula bertanya:

"kalau aku tanya kau orang jangan marah ok,"

"iyalah, tanya jek" aku jawab sambil mengunyah sate.

"kalau perempuan, sunat potong yang mana ek? " Mr.k

muka aku serta muka Miss A dah macam takde darah. berdebar gila nak jawab.

"ala, open la wehh...bagi tahu jek la, apa nak malu, aku cuma nak tahu sunat buang apa" Mr.k

aku jawab " kalau kau orang pernah tengok perempuan dewasa punya macam mana, aku bagi tahu kau orang, kalau tak pernah tengok, susah juga nak bagi tahu"

Mr. K and Mr. N diam... termenung sambil melihat makanan melambak atas meja, semua sebab Miss A oder banyak gila. kitaorang terus ubah topik pasal Mr. N makan telur bungkus dekat senawang sedap gila.


kesimpulannya: aku tak percaya dua orang tu tak pernah tengok perempuan punya!!! sebab macam agak mustahil dia orang tak tengok porno. hahahahhahahahaaa.. tak payah la buat muka baik baik ok.

umur 23 tahun namanya wanita ke? kalau ya, dah dewasa dah aku ni. patutlah ada rasa macam nak bersanding.

Thursday, March 11, 2010

tak jadi

baru baru ni aku ada buat kuih. kuih orang putih putih agaknya, sebab nama betul dia "cream puff"
tapi seriously aku punya cream puff tak sama macam orang lain buat. bentuk yang sebenarnya macam ni:


tapi yang aku buat jadi macam ni:


ok. aku tau bentuk dia memang teruk gila!!!!!
tapi rasa cream dia tu yang tak tahan. memang sedap sangat (saje market kuih sendiri)
kalau kau orang nak resipi jangan mintak aku, kau orang boleh google jek.
kesimpulannya:


RESIPI AKU SALAH!!!!
dan nama dia no longer cream puff tapi krim bulat

Tuesday, March 9, 2010

mencarut

aku rasa macam nak maki sesiapa yang terlibat mengunakan lappy aku atau sesiapa yang tahu password email aku.

shit. shit. shit. shit...!!!!!!

aku macam nak terajang jek siapa yang pergi delete aku punye folder dekat email aku.
siak. bonggok. bodoh. tolol. takde kerja ke nak buka email orang?





tapi aku was was, kalau aku yang delete macam mana? makian tadi tu aku yang dapat ke? tak mungkin aku yang delete, sebab apekejadahnya aku nak delete email penting?

dah, aku nak survey harga punching bag.

Friday, February 26, 2010

angin rindu


the day that you knew her,
the that you falling in love with her,
is the day that i was giving my heart to him to forget you,
is the day that i let you go,

so that was the day that i cried till swollen,
that was the day i really hurt inside,
and that was the day,
i was regret that all the things i have done but nothings can stop you from leaving,
and that was the day,
i really really wanted to say, that i love you and i will always love you.

now, you still leaving.
leave me with him, where there are no passion like when i'm with you.
leave me with the smell and memories that i can't bear it anymore.

i want you to know that,
my love for you just like a wind, i cant get it, but i feel it.
once in your life, just feel the wind and you will know how much i love you.

Thursday, February 25, 2010

resepi resipi recipe

hari ni i nak kongsi resepi dengan u all k.

banana pancake

bahan bahan:
- pisang ikut saiz: jika pisang tanduk memadai jika 1
: jika pisang yang kecil kecil memadai jika 5 atau 6

- tepung gandum : 3 cawan
- telur 3 biji
- serbuk penaik 1 camca teh
- gula 3 sudu (ikut suka)
- esen vanilla (ikut suka)
- garam secubit
cara cara:

1. lenyek pisang selepas dikupas kulitnya.
2. masukkan tepung, telur, serbuk penaik, gula, esen vanilla,garam dan gaul sehingga sebati. bagi sesiapa yang tiada peralatan seperti mesin pemutar, anda boleh gunakan blander.
3. panaskan kuali. bila cukup panas, gunakan senduk untuk di tuang di dalam kuali. (sila pakai kuali leper)
4. jangan ratakan adunan tadi, biarkan ia di bentuk asal.
5. jika pancake itu sudah tidak lekat di kuali, anda boleh terbalikkannya.

taadaa.. siap. i tak tahu hidangan untuk berapa orang. pandai pandai u all lah.

kangkung pedas

bahan bahan:
- kangkung 2 ikat (jika di beli di econsave mahupun maslee)
- bawang besar 1 ulas
- bawang kecil 2 ulas
- ikan bilis segenggam
- cili boh 2 sudu
- sos tomato 2 sudu (pilihan atau ikut suka)
- gula dan garam secukup rasa
*ikan bilis, bawang besar dan bawang putih seeloknya di tumbuk, jika malas, samada mayang halus ataupun blander.

cara cara:
1. panas kan kuali, tuang minyak masak 3 sudu. tumiskan cili boh sehingga warnanya menjadi merah gelap.
2. masukkan sos tomato bersama gula dan garam. seeloknya secubit gula dan 1 camca teh garam.
3. gaul rata, masukkan bahan ditumbuk tadi. gaul rata sehingga naik baunya (bukan bau peluh anda).
4.masukkan kangkung dan gaul rata. bila sudah layu atau masak, padamkan api dan hidangkan didalam mangkuk yang menarik gitu.

* hidangan ini enak dimakan ketika panas dan pedas. sila makan bersama ayam goreng atau ikan goreng. muahahahaha..

ok. itu jek yang i dapat kongsi untuk resepi kali ni. maaf kali ni i tak dapat snap pic, sebab tak sempat nak snap, dah habis. =)


Saturday, January 2, 2010

sorry

maaf untuk semuanya. ahhahaahaha.. (*malu)

minggu depan dah mula berangkat dari kolej legenda tercinta.
tinggalkan segala kenangan pahit manis masam masin bacin......

itu bukan pengakhiran tapi permulaan.
aku bukan malas nak sambung study, tapi adek aku da cabar aku masuk uni lagi power dari dia.
aku bukan pandai mana pown, lawan monopoli baru berapa kali menang jerk,
kalau tak dapat beli utility air dengan api dah nak nangis, ni pulak nak masuk uni.

apa apa pun aku nak ucapkan terima kasih kat facebook sebab
melalaikan aku selama ini dan buat kerja project aku tertangguh.
aahhhhh.... aku sedih mungkin nanti aku tak selincah di kolej beronline
kat umah asek jadi cinderella (jangan caya)

sesiapa nak belanja aku kemeja o blouse di persilakan senang nak pakai interview nanti.
muahahhahahahhahahhaha....


p/s: aku demam k-pop. lalallallallaaaaa.....