Wednesday, July 29, 2009

da stop

kemungkinan bulan ini MARA aku stop,
bukan sebab pointer aku di bawah 2.0,
tetapi sebab kolej sengal ni, tak bagi tahu kat aku yang sebenarnya:

bagi student HND sekarang menjalani sesi pembelajaran selama
3.5 tahun bukan 3 tahun




so kalau ada sape sape yang prihatin dan teringin nak:

  1. belanja aku makan
  2. belanja aku minum
  3. belanja aku KFC baru (hot n spicy yang iklan dinosour)
  4. belanja aku tengok wayang
  5. belanja aku baju baru

sila la hubungi aku dengan segera,
diulangi,
DENGAN SEGERA...!!!!









kalau anda kejam sanggup melihat saya berpisah dengan lemak kesayangan saya, sila abaikan saya.. :'(









Tuesday, July 21, 2009

ordinary

banyak kali aku start tulis entri,
aku padam walaupun da menaip 5 perenggan atau kurang.

berdasarkan entri sebelum sebelum ini, aku tekankan pada pengalaman hidup aku.
untuk menulis pada tiap tiap hari tanpa sebarang perkara luar biasa berlaku adalah sesuatu yang membosankan bagi para pembaca.

tiap tiap hari aku dok fikir,
apa isu yang perlu aku kupas untuk memuaskan nafsu si pembaca?

humor? romantis? muzik? technology? photography?

semua itu ada di dalam selera pemikiran pembaca yang aku sendiri tidak dapat duga oleh
mata kerdil ini. sebagai seorang pembaca, apakah yang anda harapkan dari seorang penulis? aku sebagai penulis blog di ruangan aku sendiri mengharapkan pembaca membaca hasil tulisan aku yang dulunya Bahasa Melayu tidak pernah dapat A. Dan sebagai seorang pembaca, aku mengharapkan penulis blog lain menulis penuh dengan infomasi dan juga lawak jenaka bagi mengenyangkan minda aku. bagi minda separa pandai seperti aku, lawak jenaka adalah ubat yang terbaik merehatkan minda. ada yang berkata, bukankah hiburan berbentuk visual lebih merehatkan minda?

yaa.. aku setuju juga, tapi pernahkah kamu sebagai pengemar membaca akan menonton televisyen sebagai pengubat luka lara kamu? tentunya tidak bukan?

kesimpulannya, aku keliru untuk menulis kehidupan seharian yang normal atau menulis pengalaman lampau atau menulis isu isu terkini atau menulis jika tiada idea? hhaaahhh..???
GILA..!

Friday, July 17, 2009

oh oh oh - bahagian 2

masa tu, semua orang sedang kelaparan.
masa ni dah tak ingat kawan, cepat cepat beratur ceduk nasi kawah,
then beratur tunggu giliran nak ambil lauk kat mak cik dewan makan di sekolah teknik muar.


lauk hari tu,
ayam masak kari, sayur bayam dan buah tembikai susu.
kami tidak di lengkapkan dengan sistem keselamatan yang ketat.
papan tanda lantai licin pun tidak di letakkan.


ok.
aku sebagai senior ketika itu sedang control ayu,
kerana ada sekumpulan aspura sedang makan masa aspuri makan [damn. mengelat gila]
masa tu geng geng gagak hitam suma ada,


malangnya,
tiba di selekoh untuk membelok pergi ke meja panjang,



paapp.. prakk.. keletangg...!!!!!!



tangan aku di atas meja pegang tray makanan,

aku didalam keadaan belutut,

nasi semua tak selamat kecuali tembikai susu.


~ air mata bergenang di kelopak mata, sekumpulan aspura turut tertawa.
~ geng gagak hitam malu dengan ahli kumpulan yang satu ini memang suka buat spoil.
~ aku berlari keluar sambil menagis, lutut sakit serta malu...
~ damn to lantai basah.....!!!!

* aku banyak memori jatuh

Sunday, July 12, 2009

" f " word

tag dr : shax

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.



1. What is your name
fardila

2. A four letter word
fuck

3. A boy's name
firdausi

4. A girl's name
firdanie

5. An occupation
fashion designer

6. A color
fuchsia pink

7. Something you'll wear
funky T

8. A food
fruit cake (my moms bake)

9. Something found in the bathroom
fly. huh?!

10. A place
finland

11. A reason for being late
fucking asshole stole my alarm, mem.

12. Something you'd shout
final sem

13. A movie title
final fantasy

14. Something you drink
frozen dutch lady strawbery

15. A musical group
flyleaf

16. An animal
frog

17. A street name
F1 circuit street. heh?!

18. A type of car
ford - the 2010 fusion+hybrid

19. Title of a song
forgotten - avril lavigne

ok. memang susah. jaga kaw shax!!! aku da tak sanggup jawab yang macam ni punya soalan lagi..!!!!


Saturday, July 11, 2009

pu.e.c

penantian itu memeritkan,

ia menjadi pilu piluan,

sebak memikirkan,

bila sang kumbang kan bertemu si bunga?



penantian itu akan berakhir,

jika yakin ia akan hadir,

perasaan rindu akan lahir,

sang kumbang akan bersatu dengan si bunga....


ok. cukup. esok nak pergi genting dengan en.bf dan kawan kawan taulan.
i'm away for 3 days and 2 nights. dont miss me ok.

Thursday, July 9, 2009

salah aku ke?

ok,

mungkin ramai tak tahu,
mungkin ada yang tahu.


adik-beradik aku ada 5,
akak aku yang sulong da tak da.
and now, aku jadi akak sulong even aku ada 2 abang atas aku.
and adik bongsu aku perempuan.


yahh..
kecik2 dulu,
ok, aku mengaku aku degil and totally nakal.
slalu curik kuwini kt kebun depan,
pastu agak2 mood aku baik, aku curik ubi kat kebun belakang pulak.


tu blom gadoh dengan arwah akak lagi,
yee.. dia garang tapi kadang2 baik jugak...
tak kedekut dan selalu cerita benda yang sama sampai aku ingat sepatah2.


yang aku nak tekankan di sini,
aku sebelum ni selalu gaduh dengan adik,
tapi jab jerk esok da ok,
siap ajak main pondok2 pakai tupperware mak yang mahal tu,
then dua2 kena piyat telinga.


sekarang da lama sangat aku tak gaduh dengan dia,
baru tadi aku lepas geram. ye aku tak de lesen motor,
tapi dia da ada. ye aku jeles ok. tapi malas nak bising.

nak dijadikan cerita, aku ada mintak tolong bawak pergi bandar hantar lappy,
tapi dia bagi alasan agak merepek.


'aku pening kepala la' sambil tengok tv pastu ketawa2.
ye aku menyirap and rasa nak nangis. tiga hari beturut2 aku ajak dia,
tapi dia asek kata pening kepala.
it's totally shit. tapi tak pe aku memang merajuk gila2.


tadi petang dia nak guna lappy, n mintak paswed.
aku diam jerk. she asks me for few times but i decide to give her a silent war. hehee...


pastu dia terajang bantal,
pick phone call her member sambil terajang almari.


then dia tutup pintu seperti ahli gusti.

mak aku diam, abang aku yang sengal2 ubi diam.
aku geram. nak aja aku tampar budak yang terlebih kasih sayang tu.
mak tak backup aku pown. aku sedih sikit. tapi tak pe aku puas ati.
then dia masuk balik, muka da merah,
suara da berubah serak,


then dia masuk bilik,
menangis sekuatnya...
aku gelak2. tapi penuh kepura-puraan. kesian. tapi she need some lessons.
da berapa lama la dia tak menangis macam tu.
tapi tu lah, pendapat aku mak abah manjakan dia sangat.


orang mintak tolong dia, dia suruh sabar,
dia mintak tolong orang, dia suruh orang cepat.


ok. ak da abes geram. aku cuma nak dia sedar diri da besar. 19 tahun dah.
akak aku dulu da kawin da pown umur 19. tapi dia masih tak matang lagi.




salah aku ker dulu tak cubit dia masih kecik2?


Sunday, July 5, 2009

oh oh oh

dari pukul 6.30 am aku mulai gusar,
mak aku berdengkur macam sedang berlawan dengan askar komunis,


pukul 8.30 am,
aku mulai bangkit,
mengejutkan semua yang perlu bangun seawalnya termasuk,
budak umur 3 tahun,
no mercy for them.


ok,
aku start masak pukul 10 am,
siap-siap semua, pukul 11.30 am,
then,
en.bf sampai,
selesai jerk acara mencekik,
kami berangkat ke Jakel Tampoi (agaknya lah, aku bukan orang JB)



seronok pilih kain,
seronok pilih kain,
seronok pilih kain,



bukk..!!! (sebijik bunyi buah nangka jatuh)
aku berlutut,
tergamam,
dahi berpeluh,



'awak ok tak?' en.bf
'saya tak apa-apa, kak kain mana tadi?'
sambil aku mengajukan soalan kepada salesgirl tanda cover pura-pura fokus pada kain.
tetiba,


'eh jari kaki awak berdarah' en.bf


* ambulans pon datang sebab darah keluar dari kaki aku tidak berhenti, dan aku pengsan untuk seketika kerana terlalu terkejut melihat darah. aku di kejarkan ke Hospital Sulatanah Aminah secepat mungkin. dan di masukkan ke Unit Rawatan Rapi. kemudian semasa aku separuh sedar, aku terdengar perbualan en.doktor bersama en.bf, " saya terpaksa potong kaki ENDUT awak kerana jari kaki nya luka teruk. dan tidak boleh di betulkan lagi. maaf ya, saya harap awak bertabah.' 'apa..!!!!!!!! kenapa dunia ni tak adil, kenapa...???? kenapa..?????????" aku!



* ok. aku tipu. kua darah sikit jerk. tapi aku masih aktif mencari kain untuk raya nanti. hehe.

* eh. kawan-kawan da ganti puasa belum. kamu.. ya kamu lelaki kan? jangan buat tak tahu saya nampak kamu makan maggi masa puasa hari tu. eh. aku taulah nak ganti, sok ke, lusa ke, minggu depan ke. errrr....


+ ENDUT = awek/ makwe/ gf