Tuesday, March 23, 2010

karut marut lama lama mencarut

pantang larang yang aku pikir 2 3 kali sebelum buat dan selalunya aku buat jugak:

1. menyanyi di dapur - nanti dapat suami tua
selalunya aku nyanyi jek, kalau kaya macam dato' k bagus juga.

2. potong kuku malam - nanti pendek umur.
walaupun tak logik, tapi siapa tau?

3. tiup lilin - nanti muka tak cantik
hehe. aku percaya sikit sikit. sebab taknak hodoh punya pasal

4. makan buah kembar, pisang ke durian ke - nanti dapat anak kembar
aku suka makan. padahal belum kahwin. jadahnya.

5. duduk di tangga rumah - nanti lambat kahwin
aku suka duduk kat tangga. suka sangat. bila teringat jek benda ni, cepat cepat buat menyapu. heh?

6. jahit baju di badan - umpama menjahit mayat.
erm. sebab benda ni berkait dengan hantu, aku tak berani buat.

7. duduk atas bantal - nanti bisul
haa.. masa kecik kecik suka lah. dah besar ni, aku anti siapa duduk atas bantal. nak nak bantal aku buat tidur. mana lah tau dorang ada terkentut ke hape. ishkk..

8. tunjuk pelangi - nanti jari kudung
ahh.. kecik kecik dulu suka sangat tunjuk tapi bila dengar dengar pantang larang ni, terus tunjuk pakai penumbuk. so takde la jari kudung. hehe

9. mengendap orang mandi - nanti ketumbit
muahahha. aku paling takut kena benda ni masa kecik, sebab tak pasal pasal orang fitnah. " hah, ni mesti ngendap orang mandi kan?"

10. angkat kaki masa menyiarap - nanti emak cepat mati
erm. kadang kadang kaki ni naik jek automatik. aku tak suruh pon. bukan salah aku. mak aku steady jek. tapi sebab nak jaga hati mak. aku control gak kaki aku.

semua ni ada betulnya. maksud aku bukan akibat yang merepek tu tapi akibat dari pandangan logik.

contoh: jangan potong kuku malam - orang dulu dulu rumah pakai pelita, kalau potong masa malam, terpotong jari padanlah muka. sebab arwah nenek aku pakai gunting potong kuku. kalau nenek aku potong masa malam macam mana? kan dah terkerat jari pula. paling paling calar aku rasa. logik kan akibat yang tak merepek nih?

apalah perasaan orang yang buat pantang larang ni sampai buat akibat yang dasyat sekali. agak agak ah, sampai ada yang percaya 100%. bukan aku. . . . . . . . . . . . . . . . hehe

aku ade juga jumpa, ada orang siap tanya, bini dia mengandung so tak boleh pergi mancing ke? apedah. tu just pantang larang jek. belum tentu betul. abah aku pergi mancing relax jek. jangankan sumbing, jongang pon takde. cuma gigi rongak jek ramai. muahahhaa..
fikir fikirkan lah.

6 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Itu semua cuma pemikiran logik orang tua-tua dulu. Tak semestinya berlaku tapi masih ada kemungkinan akan berlaku.

kimisai said...

hehehe klu tido tahan berak ??
hahaha jawab2..hahaha

Sarabat said...

Salam... gua baru nak berblogging sila beri tunjuk ajar... http://crownigua.blogspot.com/ terima kasih .!!

I_Hate_Lolipop said...

aku kelakar dgr pantang2 ni tapi ada sbb kenapa org tua pesan.sbgai anak aku hanya dgr dan menurut shja.belakang mak...pergh masih liar seperti sediakala.

FARYN said...

aku mmg suka potong kuku malam2...ahaha

JohnJenin said...

pakcik selalu kena bab pantang meniarap angkat kaki. Menangis nangis mak pakcik katanya pakcik suka mak mati cepat. adei...