Sunday, May 31, 2009
dilema warna kulit
Saturday, May 30, 2009
perasaan
Saturday, May 23, 2009
semakin....
Sunday, May 10, 2009
versi legenda - 2
Thursday, May 7, 2009
versi Legenda
Monday, May 4, 2009
nak tido dah
'alah online la lagi'
badan kata
'tak leh tahan da ni, da sakit-sakit'
otak kata
'oiii..aku da pening da ni, dari tadi kau asyik guna aku jerk'
punggung kata
'mak aihh.. kau nak kena buasir ke? kang nanti susa nak berak'
hek elah, macam-macam la korang ni.
terpaksa la aku bangun dari kerusi dalam bilik abang mail yang banyak nyamuk, kemudian duduk sebelah mak aku di ruang tamu.
'mak, agak-agak kalau pakwe dila datang minang, mak bagi kawin tak sekarang ni?'
mak aku memang sporting biasanya, aku da senyum-senyum dapat aku rasa kan restu dari ibu ku ini.
'embah kau, belajar tak habis lagi, kalau habis belajar pon tak tau kerja apa sibuk cakap pasal kawin ngan aku, banyak sangat ringgit bapak kau?'
aduhh... ada batu besar duduk atas kepala aku kejab. itulah mak aku, kadang-kadang mood dia ok semacam, datangkan nak sound aku, pedas-pedas dia bagi. mak aku adalah seorang jawa pure. so kata-kata beliau nampak kasar, tapi tak makan dalam pon.
p/s: embah = atok
Sunday, May 3, 2009
lelaki / perempuan
masa tu aku dapat borang peraduan melukis hasil rembat dari majalah sape aku tak ingat. hati berbunga riang sebab tu 1st time aku dapat masuk pertandingan mewarna. aku terus capai, kaler luna aku, yang dah kontot-kontot (orang kata, kaler tak boleh lebih dari jari kelingking, nanti mak cepat mati) nasib baik kaler aku ok lagi. aku pegi port yang aku selalu lepak ngan sailormoon kuning & da geng. aku pon start kaler, aku ikut teknik yang mak aku ajar tempohari masa buat kerja sekolah yang cikgu tadika bagi (umur aku 4tahun lebih rasenya).
da selesai mewarna, baru aku perasan kena isi borang tu. kalau menang, nanti hadiah tak sampai pulak kalau tak isi. mula-mula aku isi:
nama: nur fardila binti johan
tarikh lahir: 28.12.1987
alamat: pontian,johor
jantina: betina
~ bila teringat balik, patut la aku tak menang competition tu. bodoh betul orang yang buat borang tu, dia patutnya kena la tau, yang masuk competition tu banyak peringkat umur. lagi-lagi aku ni yang baru berapa tahun. ibu bapa sila ambil perhatian jangan biarkan anak anda di selubungi misteri jantina mereka.
duit oh duit
lame rasenya tak balik pontian,
yang bencinya aku hari ni,
aku balik rushing, bongok nyer IJM tak nak call aku,
aku bangun tido, pukul 11.23 a.m (anak dara ape engkau ni dila?)
aku amek nset, aku call mak aku,
‘ dila nak balik, dila tak nak g class’
‘balik la anakanda ku sayang, hati-hati sepanjang perjalanan ya anakanda. (kalau mak aku keturunan raja camni la bahasanya, tapi masalahnya mak aku bukan keturunan raja, so dia jawab
‘nak, balik, baliklah, kalau cikgu kau membebel kau tak pegi class, siap la kau, kan hari isnin ada class, ponteng jerk la kau ni)
ok… nanti dila bagi tau cikgu (aku bohong, ampun mak)
aku bangun, kejut ainaa yang selang hanya dua tilam ngan beliau,
‘ u bangun, i nak balik ni’
ainaa pon bangun, pastu pikir jab, nak balik ke tak. pastu baru dia kata
‘ok. i pon nak balik jugak’
aku pon mandi dengan laju, ainaa pon same, syampoo rambut ke tak dia tu, ainaa..ainaa.. kemudian, aku capai beg ungu yang boleh isi CPU kata daus, pastu masukkan barang yang memang wajib aku bawak kalau balik kampung. syampoo, perapi, lip gloss, perfume dan tak lupa, adik-adik aku yang cute di mata aku.
ainaa jerit
‘u charger da bawak?’
’suda’ aku jerit dari bilik no 3.
sambil pack barang, sambil berbual dengan ainaa tentang kesengalan IJM tak nak call awal-awal bahawa janji temu tak jadi. aku macam biasa, kalau balik kampung, mesti pakai kasut, tak smart jerk rasa kalau pakai slipar pegi class. taxi aku da call, am yang ikut kitaorang g batang bena pon da inform, naik jerk taxi, pastu aku makan coklat ainaa bagi pastu aku rasa mual, situasi macam ni aku dari dulu memang ada masalah, aku mabuk kalau naik keta, tapi tak semua, kadang-kadang jerk.
sampai jerk batang bena, aku cakap kat ainaa,
‘ memang bagus kan balik kampung tak keluarkan duit’
ainaa tepuk dahi n says yes.
aku mula cemas, duit aku semua dalam bank ainaa, aku cakap ngan ainaa
‘nanti sampai KL central u bank in la eh’.
ainaa nampak gusar, cemas serta panik sambil cek di dalam bag pink beliau.
‘ yes, i tak bawak kad bank’.
aku rasa macam nak menangis jerk…
apa barang nak balik johor duit ade RM 25 + sen-sen yang tak sempat aku kira? mari kita conggak cukup ke tak.
pegi seremban RM 2.80
pegi larkin RM 25.90
pegi pontian RM 5.30
semua sekali RM 34.00
korang ingat la kan, aku patut balik ke tak? ngan duit cume ada RM25 lebih tu. abah aku tak ada, dia pegi anta anak sedara dia kawin, time macam ni la kau nak kawin ye. baju da smart da ni, orang kt KTM da tengok lain macam, peluh dingin da selubungi kitaorang..
untuk pengetahuan korang, am yang join kitaorang pon, tertinggal duit kat uma..
p/s: moral of da story, jangan la balik tergesa-gesa, tapi masalahnya, kalau yang suka rushing-rushing tu la aku.