Sunday, May 31, 2009
dilema warna kulit
Saturday, May 30, 2009
perasaan
Saturday, May 23, 2009
semakin....
Sunday, May 10, 2009
versi legenda - 2
Thursday, May 7, 2009
versi Legenda
Monday, May 4, 2009
nak tido dah
'alah online la lagi'
badan kata
'tak leh tahan da ni, da sakit-sakit'
otak kata
'oiii..aku da pening da ni, dari tadi kau asyik guna aku jerk'
punggung kata
'mak aihh.. kau nak kena buasir ke? kang nanti susa nak berak'
hek elah, macam-macam la korang ni.
terpaksa la aku bangun dari kerusi dalam bilik abang mail yang banyak nyamuk, kemudian duduk sebelah mak aku di ruang tamu.
'mak, agak-agak kalau pakwe dila datang minang, mak bagi kawin tak sekarang ni?'
mak aku memang sporting biasanya, aku da senyum-senyum dapat aku rasa kan restu dari ibu ku ini.
'embah kau, belajar tak habis lagi, kalau habis belajar pon tak tau kerja apa sibuk cakap pasal kawin ngan aku, banyak sangat ringgit bapak kau?'
aduhh... ada batu besar duduk atas kepala aku kejab. itulah mak aku, kadang-kadang mood dia ok semacam, datangkan nak sound aku, pedas-pedas dia bagi. mak aku adalah seorang jawa pure. so kata-kata beliau nampak kasar, tapi tak makan dalam pon.
p/s: embah = atok
Sunday, May 3, 2009
lelaki / perempuan
masa tu aku dapat borang peraduan melukis hasil rembat dari majalah sape aku tak ingat. hati berbunga riang sebab tu 1st time aku dapat masuk pertandingan mewarna. aku terus capai, kaler luna aku, yang dah kontot-kontot (orang kata, kaler tak boleh lebih dari jari kelingking, nanti mak cepat mati) nasib baik kaler aku ok lagi. aku pegi port yang aku selalu lepak ngan sailormoon kuning & da geng. aku pon start kaler, aku ikut teknik yang mak aku ajar tempohari masa buat kerja sekolah yang cikgu tadika bagi (umur aku 4tahun lebih rasenya).
da selesai mewarna, baru aku perasan kena isi borang tu. kalau menang, nanti hadiah tak sampai pulak kalau tak isi. mula-mula aku isi:
nama: nur fardila binti johan
tarikh lahir: 28.12.1987
alamat: pontian,johor
jantina: betina
~ bila teringat balik, patut la aku tak menang competition tu. bodoh betul orang yang buat borang tu, dia patutnya kena la tau, yang masuk competition tu banyak peringkat umur. lagi-lagi aku ni yang baru berapa tahun. ibu bapa sila ambil perhatian jangan biarkan anak anda di selubungi misteri jantina mereka.