Sunday, April 25, 2010

job requirement

Dikehendaki Penyelia Tapak Civil bagi kerja-kerja pembinaan & maintenance, ada sijil kejuruteraan awam atau bangunan, lesen memandu B2 & D, self motivated, umur bawah 30 tahun, lelaki bumiputra utk kontraktor kelas F. Graduan baru tamat digalakkan memohon.


- ada kelulusan dalam bidang berkaitan ( ya )

- umur bawah 30 tahun ( ya )

- lelaki ( tidak )

- graduan baru tamat ( ya )

- pengankutan ( tidak )

- lesen ( tidak )

- pengalaman ( tidak )


semua job aku nak semua nak requirement macam ni. mana aku ada. kalau takde kerja, macam mana nak amek lesen?. kalau takde kerja, macam mana nak ada pengalaman? dan sampai bila - bila pun aku tak boleh jadi LELAKI!!!!!!!


and, stop bugging me with

- bila kau nak kerja?
- sekarang kerja mana?
- sekarang buat apa?
- kat tempat tu ada nak pakai orang, kenapa tak pergi mintak?


weyhh... sila lah jangan tanya lagi. aku tension. bila aku tension, aku makan. so bila aku gemuk, aku akan salahkan orang yang buat aku tension. dah......


6 comments:

I_Hate_Lolipop said...

kau berlakon la jadi laki....

dila john said...

mana boleh.
macam mana nak sembunyi dua benda nih.
haiishh..

che'q na story said...

sabo jer la dila, akak pun sama jugak. semua nak penglaman. ni da nak 2 tahun mencari.

da rasa give up sangat-sangat.
lagi best pernah kena hina dengan orang.

eh.. terbuat sesi meluahkan perasaan kat dila pulak.

~kak rumi~

FARYN said...

sbb tu kadang2 nak keje yg relevan dgn apa yg kita blaja,mmg susah...

Pais Mais said...

masuk af la!!

nanchan said...

sdih...thats y aku bukak kedai..