kalaulah lelaki paham definisi sebenar maksud perhatian kan bagus.
perhatian bukannya setakat en.bf meluangkan masa (bermesej, telefon dan meluangkan masa menonton wayang) tapi ada banyak maksud perhatian di sebalik perhatian yang selalu en.bf ni fikir.
- jika en.bf beri perhatian, en,bf akan sedar sebenarnya cik.gf ni sedang dilanda masalah.
- jika en.bf beri perhatian, en.bf akan sedar sebenarnya cik.gf ni tak sihat hari ni.
- jika en.bf beri perhatian, en.bf akan sedar sebenarnya cik.gf ni ada masalah kewangan (heemmm..)
- jika en.bf beri perhatian, en.bf akan sedar sebenarnya cik.gf walaupun dia kata tak kisah, tapi tunjukkan lah yang anda tu sensitif dengan perasaan dia.
-jika en.bf beri perhatian, en.bf akan sedar sebenarnya cik.gf taknak ungkit semua kesilapan yang en.bf buat, tapi bila sampai masanya, cik.gf terpaksa cakap tapi en.bf kata "tak payah lah nak ungkit!"
dan banyak lagi benda lain yang lelaki perlu beri perhatian. tak boleh la cakap semua, nanti korang jadi malas nak kenal perempuan ni macam mana. tapi yang aku pasti, perempuan ni, kalau dia da marah sangat memang kalau dia nak maki dia akan maki, sebabnya dia tak boleh nak kawal. tapi marah tak lama pon, lagi tiba tiba ada coklat ke, aiskrim ke.
kalau cik.gf cakap mintak putus banyak kali tanpa alasan munasabah, tu maknanya dia nak en.bf beri perhatian lagi kat dia. maksudnya usaha korang untuk memikat dia belum cukup bagus. cakap jek nak putus, tapi dalam hati takut gila kalau en.bf betul betul setuju.
dan aku paling pasti, lagi banyak perhatian yang diberi makin sayang cik.gf kat en.bf. muehhehehehhe
aku? dia? tak pernah bergaduh. kami pasangan bahagia. ok aku tipu. tiap tiap minggu gaduh, kadang kadang dia tengah pasang streamyx kat rumah orang pun gaduh. sebelum dia bawak motor pun gaduh. makin banyak kiteorang gaduh, makin banyak aku bercakap dengan dia. hahahha. lebih banyak dari hari tak gaduh. tiba tiba jek dia ada masa nak luangkan masa dia. heh?
kesimpulannya cinta itu buta, kita takkan tahu bila kita akan jatuh cinta dan dengan siapa.
1 comment:
aku juga perlukan perhatian..
Post a Comment