Thursday, February 25, 2010

resepi resipi recipe

hari ni i nak kongsi resepi dengan u all k.

banana pancake

bahan bahan:
- pisang ikut saiz: jika pisang tanduk memadai jika 1
: jika pisang yang kecil kecil memadai jika 5 atau 6

- tepung gandum : 3 cawan
- telur 3 biji
- serbuk penaik 1 camca teh
- gula 3 sudu (ikut suka)
- esen vanilla (ikut suka)
- garam secubit
cara cara:

1. lenyek pisang selepas dikupas kulitnya.
2. masukkan tepung, telur, serbuk penaik, gula, esen vanilla,garam dan gaul sehingga sebati. bagi sesiapa yang tiada peralatan seperti mesin pemutar, anda boleh gunakan blander.
3. panaskan kuali. bila cukup panas, gunakan senduk untuk di tuang di dalam kuali. (sila pakai kuali leper)
4. jangan ratakan adunan tadi, biarkan ia di bentuk asal.
5. jika pancake itu sudah tidak lekat di kuali, anda boleh terbalikkannya.

taadaa.. siap. i tak tahu hidangan untuk berapa orang. pandai pandai u all lah.

kangkung pedas

bahan bahan:
- kangkung 2 ikat (jika di beli di econsave mahupun maslee)
- bawang besar 1 ulas
- bawang kecil 2 ulas
- ikan bilis segenggam
- cili boh 2 sudu
- sos tomato 2 sudu (pilihan atau ikut suka)
- gula dan garam secukup rasa
*ikan bilis, bawang besar dan bawang putih seeloknya di tumbuk, jika malas, samada mayang halus ataupun blander.

cara cara:
1. panas kan kuali, tuang minyak masak 3 sudu. tumiskan cili boh sehingga warnanya menjadi merah gelap.
2. masukkan sos tomato bersama gula dan garam. seeloknya secubit gula dan 1 camca teh garam.
3. gaul rata, masukkan bahan ditumbuk tadi. gaul rata sehingga naik baunya (bukan bau peluh anda).
4.masukkan kangkung dan gaul rata. bila sudah layu atau masak, padamkan api dan hidangkan didalam mangkuk yang menarik gitu.

* hidangan ini enak dimakan ketika panas dan pedas. sila makan bersama ayam goreng atau ikan goreng. muahahahaha..

ok. itu jek yang i dapat kongsi untuk resepi kali ni. maaf kali ni i tak dapat snap pic, sebab tak sempat nak snap, dah habis. =)


3 comments:

Shahrul Tanaka said...

makan je keje lu..patut la gemuk.

dila john said...

hipokrit telah komen di atas.

Anonymous said...

lapa~~~