Di hening pagi,
Pergilah aku mengosok gigi,
Tidak lupa mencuci tangan dan kaki,
tempatnya hanyalah ditepi perigi.
Usai menyisir rambut,
turunlah aku ke dapur, dan senyuman ku disambut,
ada kuih atasnya ada kelapa parut,
supaya aku tak kelam kabut.
Melangkah keluar mengagungi ciptaan Ilahi,
menaiki kenderaan mahu saja berkelahi,
diatasnya sukalah aku memandang kanan dan kiri,
tibalah aku didestinasi.
Jauh disana ,
pandangan aku masih tersisa,
mengosok mata amatlah lama,
kaget melibat apakah bendanya,
rupanya itu perkara biasa,
berhimpun dan bersedia,
bermunajat kepada Esa,
semoga mendapat berkat dari Nya,
tidak lupa pendidik yang tidak menyinga,
bersiap sedia dengan apa jua caranya,
mendidik sudah menjadi kerjanya,
cuma aku yang tidak menyangka,
Sampai kesudah, apa kejadahnya,
berhidup tapi tidak tahu apa maknanya.
mencari rahmat hingga hujung dunia,
dengan berkat dari Nya,
selamatlah kau diakhirat sana.
Oh begitu rupanya,
ilmu ada dimana-mana,
realiti mahupun maya,
semuanya adalah sama,
mencari sebab perlu hidup lama,
belum puas menikmati katanya.
Heh.